Selamat Malam Malaysia
Posted by kittt on December 11, 2007
Sudah agak lama saya ingin buat satu “post” dalam Bahasa Melayu yang telah aku meninggalkan sejak berakhirnya Tingkatan Lima dan bermulanya kehidupanku di kolej. Penggunaan terhad setakat secara am/kasar semasa berminum teh dengan “member” yang tidak bermakna dan bagaikan bahasa pasar yang bercampur dengan pelbagai bahasa yang berlainan. Sebelum ingatan saya merosot dan penyalahgunaan bahasa kebangsaan kita mencapai tahap tiada pengampunan, biarlah saya cuba untuk menulis esei buat kali pertama sejak ujian SPM yang sekian lama sudah selesai.
Dengan melihat jam komputer pada lewat malam ini, saya mendapati bahawa saya telah menggunakan hampir tiga puluh minit untuk merangkakan paragraf pertama saya di atas. Jika topik SPM yang teramat suka dengan topik-topik yang memerlukan perbincangan tentang baik buruk perkara berkenaan, terpaksalah saya menonjolkan kesulitan yang dihadapi oleh seseorang yang hanya menggunakan bahasa tersebut di mamak.
Selamat malam.




